TUN
Abdul Razak bin Datuk Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi,
Pekan, Pahang. Beliau dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar,
Pekan Pahang dalam suasana kampung yang penuh disiplin. Di Sekolah Melayu
kampung inilah Abdul Razak mendapat pendidikan awal. Beliau terpaksa
berulang-alik sejauh empat batu dengan berjalan kaki dari rumah ke sekolah.
Beliau kemudian dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dan melanjutkan
pengajiannya di Raftles College Singapura. Beliau juga berjaya menamatkan
pengajian undang-undang di Lincoln's Inn, London hanya dalam tempoh lapan
belas bulan.
Semasa
di London, Tun Razak mendalami bidang politik di samping aktif dalam
kegiatan-kegiatan pelajar. Beliau telah menubuh kan Malayan Forum
yang dipengaruhi oieh Parti Buruh British untuk memberi kesedaran politik
kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Beliau terpaksa kembali ke
tanahair dan memberhentikan pelajaran lanjutannya kerana kematian bapanya pada bulan April 1950. Sekembalinya ke tanahair, beliau berkhidmat
dengan Kerajaan Negeri Pahang sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan dan
dua tahun kemudian beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Kejayaan beliau dalam perkhidmatan awam ini selari dengan penglibatan beliau
dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
Empat
bulan selepas menganggotai UMNO, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda
UMNO. Ini diikuti pula dengan pelantikannya sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis
Undangan Persekutuan pada I Februari 1951. Dalam tahun 1951 apabila Tunku
Abdul Rahman menjadi Yang Dipertua UMNO, beliau yang berumur 29 tahun dipilih
sebagai Timbalan Yang Dipertua. Tun Abdul Razak juga menjawat jawatan Pemangku
Menteri Besar Pahang selama beberapa bulan pada tahun 1955. Setelah Malaysia
mencapai kemerdekaan dan usianya 35 tahun, Razak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga lebih 13 tahun. Beliau juga pernah memegang
beberapa portfolio termasuk Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar,
Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Tun
Abdul Razak telah pulang ke rahmatullah pada 14 Januari l976 di London
ketika usianya menjelang 54 tahun. |
|
Tun
Razak bergambar bersama keluarga beliau. Kiri sekali ialah Datuk Seri Mohd.
Najib. - Gambar Utusan |
|
Orang
ramai mengiringi jenazah Allahyarham Tun Razak untuk disemadikan di Makam
Pahlawan Masjid Negara pada Januari 1976. - Gambar Utusan |
|
|