tunku abdul rahman
tun razak
tun hussein
dr. mahathir
muka utama
BERDASARKAN fakta sejarah, segala pembangunan, kejayaan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini bukan datang secara bergolek. Sebaliknya laluan rakyat Malaysia untuk mencapai tahap seperti ini penuh liku dengan segala kisah perjua ngan suka duka, mencari kemerdekaan dan pembangunan untuk rakyat jelata.
Tanah air kita pernah dijajah oleh tiga bangsa dari Barat bermula Portugis, Be landa dan akhirnya Inggeris dan tidak terkecuali Jepun selama lebih 400 tahun sehingga kedaulatan bangsa dan keagungan zaman Kesultanan Melaka hancur dan lenyap. Daripada negeri-negeri yang terpisah dan terjajah, kini Malaysia terbentuk sebagai sebuah negara yang bersatu padu, cemerlang dan merdeka. Malaysia kini begitu maju dan rakyatnya hidup aman makmur sehingga bersedia mengharungi segala cabaran. Kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bercampur dalam satu kelompok masyarakat yang harmonis. Segala pencapaian Malaysia pada masa kini mahu tidak mahu harus diakui bertolak daripada kepimpinan para Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai segala formula untuk membentuk satu negara yang maju, aman dan sentosa.
Kini Malaysia mencapai tahap kecemerlangan luar biasa. Kita sudah berjaya menggapai puncak Everest, mengelilingi dunia, mempunyai bangunan tertinggi, tahap ekonomi yang mapan, situasi dalam negara yang makmur serta harmonis dan kita kini menuju sebuah negara maju -- maju dalam segala hal. Kejayaan pembangunan, keharmonian negara dengan pelbagai kaum, berbilang bangsa dan agama hidup dalam aman dan makmur serta pelbagai kejayaan yang diraih Malaysia dalam segala hal hingga ke peringkat antarabangsa sememangnya banyak bertolak dari kepimpinan empat Perdana Menteri Malaysia. Sebagai pemimpin negara, kebijaksanaan, keadilan dan keyakinan mereka menjadi tonggak kejayaan negara. Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Datuk Seri Dr. Mahathir mempunyai dasar dan pemikiran tersendiri untuk mencongak dan mengatur bangsa dan negara agar menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat untuk sepanjang zaman.
Malaysia Cemerlang...!