1) Penubuhan Bilik Operasi Kebangsaan
Selepas dilantik menjadi Perdana Menteri yang baru menggantikan Allahyarham Tun Razak, Tun Hussein telah mengambil langkah segera dengan menubuhkan satu pusat kawalan dan pemantauan pembangunan yangn dinamakan Bilik Operasi Kebangsaan pada 1976.
Pusat operasi yang menggunakan sistem maklumat berkomputer itu diwujudkan bertujuan untuk mengkaji dan membuat perubahan terhadap program pelaburan dan pembangunan utama kerajaan. Ia bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan itu harus disiap pada masa yang ditetapkan.
Dengan adanya sistem pentadbiran berkomputer itu, Tun Hussein menganggap kerajaan akan lebih mudah membuat keputusan dan melaksanakan pembangunan untuk rakyat.

2) Hubungan Lebih Erat Dengan Rakyat
Tun Hussein amat menyedari perlunya jalinan hubungan antara kerajaan dan rakyat perlu lebih utuh. Oleh sebab itu, beliau telah membuat beberapa pembaharuan dalam pentadbirannya bagi memastikan seluruh pemimpin rakyat mempunyai peluang dan masa untuk meninjau kawasan masing-masing. Bagi Tun Hussein, rakyat memainkan peranan penting dalam menentukan kerajaan dan hubungan dengan erat sepatutnya dijalinkan dengan lebih erat. Atas dasar inilah, sesetengah pendapat menyatakan kerajaan Tun Hussein sebagai Kerajaan Rakyat.

3) Mempertingkatkan Perdagangan dan Industri
Tun Hussein meneruskan agenda Dasar Ekonomi Baru Tun Razak dengan melahirkan lebih banyak agensi-agensi baru di bawah kerajaan untuk meningkatkan perdagangan dan pembangunan. Hasilnya maka tertubuhlah beberapa agensi termasuk Lembaga Pembangunan Bandar (UDA), Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC).
Selain daripada itu, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Produktiviti Kebangsaan (NPC) juga diwujudkan bagi memastikan usaha tersebut diiringi dengan keupayaan dan kecekapan kakitangan melalui penyediaan latihan.

4) Bahasa Penyatu Bangsa
Pada akhir 1978, Tun Hussein menggalakkan agar seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum perlu menggunakan satu bahasa, Bahasa Malaysia bagi membentuk perpaduan yang lebih kukuh. Dasar penggunaan satu bahasa itu tidak bermakna melupakan atau membuang sama sekali bahasa, budaya dana adat resam ibunda di kalangan bukan bumiputera, sebaliknya bertujuan memastikan wujudnya kehidupan yang seimbang antara semua kaum.

 

 

 
Tun Hussein bertanyakan sesuatu kepada Manickavasagam pada satu persidangan agung MCA. - Gambar Morais

 
Tun Hussein diiringi ahli-ahli MIC menuju ke dewan bagi merasmikan satu persidangan MIC, di Kuala Lumpur. - Gambar Morais.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Sumber:  -  Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
                -  Hussein Onn: A Tryst With Destiny, tulisan J. Victor Morais (Times Books Int. - 1981)
                -  Jabatan Perdana Menteri