TUN
Hussein bin Onn dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru dan merupakan
anak sulung kepada Dato Onn bin Ja'afar, pengasas parti UMNO. Mendapat
didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College,
Johor Bahru. Selepas tamat persekolahan pada tahun 1940, beliau berkhidmat
sebagai kadet Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun
1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima
tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau bergiat aktif dalam pasukan
keselamatan dengan menyertai Regimen Hydrabad Ke-19 di India dan bertugas
di Timur Tengah ketika Perang Dunia Kedua.
Pada
tahun 1946 beliau kembali ke Malaya dan menjadi pegawai tadbir di bawah
kerajaan British. Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan
Union dan bapanya sendiri memainkan peranan penting rancangan penjajah
itu dengan menubuhkan UMNO. Hussein telah menyertai perjuangan bapanya
dan mula bergiat aktif dalam politik ketika penentangan terhadap Malayan
Union memuncak. Datuk Onn telah memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda
UMNO yang dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam
tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO. Hussein
keluar dari UMNO mengikut bapanya, setelah tercetus satu krisis dalam parti
pada bulan Ogos 1951.
Pada
tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein kembali menyertai UMNO.
Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi
UMNO dan pada tahun yang sa- ma beliau telah memenangi pilihan raya umum
di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran
pada 22 September 1970. Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi
Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah
meninggal dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri
Penyelarasan Perbadanan Awam.
Pada
14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia Ketiga
menggantikan Tun Abdul Razak yang telah meninggal dunia. Berikutnya, beliau
mengumumkan satu kabinet baru yang agak memeranjatkan, di mana peluang-peluang
yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang
jawatan-jawatan penting. Beliau juga telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad sebagai timbalannya. Atas sebab-sebab kesihatan beliau mengambil
keputusan untuk bersara dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri
pada 16 Julai 1981. Tempat beliau diserahkan kepada Dr. Mahathir Mohamad. |
|
Tun
Hussein dan isteri, Datin Suhaila bersama keluarga. - Gambar Morais |
|
Tun
Hussein bersama rakannya, General Ibrahim Ismail ketika mengikuti latihan
tentera. - Gambar Morais. |
|
|