TUN Hussein yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketiga mulai 1976 hingga 1981 telah dianggap sebagai Orang Yang Boleh Dipercayai. Sebagai Perdana Menteri selepas Tun Razak, beliau banyak meneruskan agenda dan dasar yang telah dirintis oleh Tun Razak khususnya berkaitan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Langkah-langkah yang telah diambil beliau lebih menjurus ke arah memastikan matlamat DEB dan DPK itu mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun, beliau tetap dianggap sebagai pemimpin yang banyak membawa pembangunan kepada negara.
Tidak dinafikan, selama beliau menjadi pemimpin tertinggi kerajaan itu banyak krisis politik dalaman telah berlaku seperti krisis politik di Kelantan namun beliau telah berjaya melaksanakan tugas beliau sebagai pemimpin dengan tenang, adil dan bertanggungjawab.
Malahan beliau juga dianggap pemimpin yang berani membuat pembaharuan dan kejutan termasuk menamakan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalan beliau walaupun Dr. Mahathir pada masa itu dianggap masih mentah dalam dunia poli- tik tanah air.
Salah satu usaha yang dianggap berjaya menjadikan negara lebih harmoni ialah memastikan hubungan pemimpin dengan rakyat terjalin kukuh. Ini kerana beliau menganggap rakyat sebagai penentu kerajaan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Oleh sebab itulah, kerajaan beliau pada masa itu dianggap Kerajaan Rakyat. Malahan hubungan antara kaum juga terus terpupuk dan terjalin dengan lebih akrab.
 
 

 
Tun Hussein bermesra dengan seorang kanak-kanak ketika mengadakan pertemuan bersama rakyat. - Gambar Morais.

"Sejak Merdeka, kita telah mencapai banyak perubahan dalam perpaduan kaum dan sekarang kita tidak sepatutnya mengubah jam kembali. Ini tidak seharusnya berlaku." - Tun Hussein Onn.