ke muka utama
HASIL daripada semangat perjuangan demi untuk nusa, bangsa dan tanah air, Tunku Abdul Rahman bukan saja dapat memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajahan Barat sejak lebih 400 tahun, tetapi juga berjaya membawa negara ke arah kestabilan politik, sosial serta pembangunan ekonomi.
Kebijaksanaan, keadilan dan ketelusan beliau itulah telah berjaya menjadikan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dan maju hingga ke hari ini.
Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau telah berjaya menyatupadukan kaum-kaum yang ada di negara ini dan seterusnya menyatukan negeri-negeri Tanah Melayu yang terpisah di bawah satu pemerintahan iaitu Malaysia.
Kejayaan Tunku membentuk Malaysia dari sebuah negara yang tercicir dan lemah angkara penjajahan Barat kepada sebuah negara yang maju telah membuktikan kemampuan rakyat Malaysia mentadbir dan menguruskan bangsa dan negaranya sendiri.
Ini telah memberi tanggapan positif kepada British yang sebelum ini enggan melepaskan Tanah Melayu (Malaysia) dari cengkamannya kerana tidak yakin dengan keupayaan bangsa Malaysia.
Hasil kejayaan itulah Tunku layak digelar Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.
Sehubungan dengan itu, sudah selayaknya jasa-jasa beliau perlu dikenang oleh setiap generasi sehingga ke akhir zaman.

 
Tunku mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamanya selepas Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun 1957. - Gambar Arkib Negara